Sunday, October 7, 2018

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

MINGGU 2 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami sudah memulakan aktiviti membaja dan menanam.

Sebelum memulakan aktiviti, kami telah diberikan penerangan oleh Encik Faris tentang jenis baja yang akan kami gunakan iaitu baja NPK. Fungsi baja NPK adalah untuk membaiki tanah supaya tanah menjadi lebih subur.



Seperti rajah di atas kita dapat melihat terdapat unsur unsur di dalam baja iaitu :

Natrium : unsur ini berfungsi untuk pembesaran daun dan berguna untuk pembesaran tumbuhan.

    Phosporus: unsur ini penting untuk pembesaran dan perkembangan akar yang sihat untuk mendapatkan nutrien penting.

    Kalium : unsur ini sangat penting dalam tumbesaran pokok termasuk bunga dan  buah.




Sukatan baja untuk satu ukuran batas adalah satu pot putih seperti rajah di atas. Waktu pembajaan yang sesuai adalah dua jam sebelum siraman atau hujan oleh kerana untuk mengelakkan baja baja ini dibawa lari oleh serapan air. 

Cara untuk membaja satu ukuran batas boleh kita lihat pada rajah di bawah yang ditunjukkan oleh Encik Fariz di atas batas kami sendiri. 


Selepas meletakkan baja di atas batas, tanah itu haruskan di gembur agar baja dapat membuat serapan di dalam tanah dan kami harus meratakan tanah tersebut sebelum melakukan aktiviti seterusnya. 


                                                              

                                       
Seterusnya, Encik Faris mengajar kami cara penggunaan racun serangga yang betul. Racun tersebut harus dibancuh terlebih dahulu dan perlu disembur di sekeliling batas dan pastikan semua tempat terkena racun itu. 

Racun adalah sangat penting untuk menghalang serangga daripada memakan biji benih yang akan kita tanam. 

    Proses meracun dan semaian tidak boleh dilakukan pada hari yang sama kerana racun merupakan bahan yang panas dan boleh merosakkan biji benih. Selang beberapa hari, kami datang semula ke ladang untuk semaian biji benih.  

   Sebelum memulakan proses penanaman, permukaan tanah tersebut harus digembur dan diratakan semula. Langkah seterusnya, kami membuat empat alur di atas tanah tersebut untuk menanam biji benih dengan kedalaman yang bersesuaian agar biji benih mudah untuk mengeluarkan tunas. Untuk mengelakkan persaingan antara biji benih, jarak antara semua alur haruslah tidak terlalu rapat. 

Cara semaian biji benih ialah 1:10. 1 bekas biji benih bersamaan 10 bekas pasir. Biji benih mesti digaul menggunakan pasir bagi menjarakkan antara satu sama lain.

Sunday, September 16, 2018

PROSES PENYEDIAAN TANAH SEBELUM KERJA MENANAM

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu izinkan kami memperkenalkan diri dulu ya? Kami terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Wan Norsyafiqah Arinah, Farhana Syuhadah, Mohamad Ridhwan dan Daniel Fitrie. Kami tak ramai tapi kami ada. Alhamdulillah minggu pertama di ladang berjalan lancar dan kami enjoy sangat!


MINGGU 1 (12 September 2018 )

Hari pertama kelas kami sudah ke ladang, sesat juga la mahu ke sana tapi nasib baik jumpa dekat mana terletaknya ladang hehe. Kami didedahkan dengan peraturan sebelum, semasa dan selepas di ladang dan seterusnya kami diamanahkan satu tugasan dan arahan untuk membuat batas dalam bentuk berkumpulan. Jadi kami terangkan proses proses yang kami lakukan sebelum terhasilnya sebuah batas.

  • Kerja-kerja pengukuran untuk pembahagiaan lot.
    • Ukuran jarak antara batas ke batas sebanyak 2ft
    • Luas batas (5ft x 12ft)


  • Kerja kerja merumpai 
    • Siapa tahu maksud merumpai? Merumpai adalah untuk membuang rumput yang tidak diperlukan di atas permukaan tanah bagi mengelakkan persaingan antara tumbuhan-tumbuhan lain untuk merebut udara, air dan makanan. Jadi kalau nak tanaman kita subur, kita memang wajib merumpai tau! 
    • Alatan seperti cangkul, pencakar dan pongkes yang kami gunakan untuk merumpai. Mungkin ada yang tak tahu pongkes tu apa kan? Gambar dekat bawah ni lah namanya pongkes. 



  • Kerja-kerja penggemburan tanah.
    • Selepas selesai merumpai, kami menggembur pula. 
    • Menggembur ialah kerja menghancurkan tanah kepada ketulan kecil. Kenapa perlu menggembur? Menggembur dapat membaiki saliran dan pengudaraan tanah. Sambil sambil menggembur tu jangan lupa buang akar akar ya, sebab akar akar tu juga akan menganggu kesuburan tanaman kita nanti. 



  • Kerja-kerja pemagaran batas.
    • proses:
      • kayu dipotong menggunakan gergaji mengikut ukuran batas (5ft x 12ft)
      • palet dicantumkan menggunakan peralatan seperti tukul besi & paku.
      • kayu dicat menggunakan cat minyak.





 Tamat sudah minggu pertama kami sebagai petani yeyyyyy !!!!!









SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

MINGGU 2  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami sudah memulakan aktiviti membaja dan menanam. Sebelum memulakan ...