Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu izinkan kami memperkenalkan diri dulu ya? Kami terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Wan Norsyafiqah Arinah, Farhana Syuhadah, Mohamad Ridhwan dan Daniel Fitrie. Kami tak ramai tapi kami ada. Alhamdulillah minggu pertama di ladang berjalan lancar dan kami enjoy sangat!
MINGGU 1 (12 September 2018 )
Hari pertama kelas kami sudah ke ladang, sesat juga la mahu ke sana tapi nasib baik jumpa dekat mana terletaknya ladang hehe. Kami didedahkan dengan peraturan sebelum, semasa dan selepas di ladang dan seterusnya kami diamanahkan satu tugasan dan arahan untuk membuat batas dalam bentuk berkumpulan. Jadi kami terangkan proses proses yang kami lakukan sebelum terhasilnya sebuah batas.
- Kerja-kerja pengukuran untuk pembahagiaan lot.
- Ukuran jarak antara batas ke batas sebanyak 2ft
- Luas batas (5ft x 12ft)
- Kerja kerja merumpai
- Siapa tahu maksud merumpai? Merumpai adalah untuk membuang rumput yang tidak diperlukan di atas permukaan tanah bagi mengelakkan persaingan antara tumbuhan-tumbuhan lain untuk merebut udara, air dan makanan. Jadi kalau nak tanaman kita subur, kita memang wajib merumpai tau!
- Alatan seperti cangkul, pencakar dan pongkes yang kami gunakan untuk merumpai. Mungkin ada yang tak tahu pongkes tu apa kan? Gambar dekat bawah ni lah namanya pongkes.
- Kerja-kerja penggemburan tanah.
- Selepas selesai merumpai, kami menggembur pula.
- Menggembur ialah kerja menghancurkan tanah kepada ketulan kecil. Kenapa perlu menggembur? Menggembur dapat membaiki saliran dan pengudaraan tanah. Sambil sambil menggembur tu jangan lupa buang akar akar ya, sebab akar akar tu juga akan menganggu kesuburan tanaman kita nanti.
- Kerja-kerja pemagaran batas.
- proses:
- kayu dipotong menggunakan gergaji mengikut ukuran batas (5ft x 12ft)
- palet dicantumkan menggunakan peralatan seperti tukul besi & paku.
- kayu dicat menggunakan cat minyak.
Tamat sudah minggu pertama kami sebagai petani yeyyyyy !!!!!
No comments:
Post a Comment