Sunday, October 7, 2018

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

MINGGU 2 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami sudah memulakan aktiviti membaja dan menanam.

Sebelum memulakan aktiviti, kami telah diberikan penerangan oleh Encik Faris tentang jenis baja yang akan kami gunakan iaitu baja NPK. Fungsi baja NPK adalah untuk membaiki tanah supaya tanah menjadi lebih subur.



Seperti rajah di atas kita dapat melihat terdapat unsur unsur di dalam baja iaitu :

Natrium : unsur ini berfungsi untuk pembesaran daun dan berguna untuk pembesaran tumbuhan.

    Phosporus: unsur ini penting untuk pembesaran dan perkembangan akar yang sihat untuk mendapatkan nutrien penting.

    Kalium : unsur ini sangat penting dalam tumbesaran pokok termasuk bunga dan  buah.




Sukatan baja untuk satu ukuran batas adalah satu pot putih seperti rajah di atas. Waktu pembajaan yang sesuai adalah dua jam sebelum siraman atau hujan oleh kerana untuk mengelakkan baja baja ini dibawa lari oleh serapan air. 

Cara untuk membaja satu ukuran batas boleh kita lihat pada rajah di bawah yang ditunjukkan oleh Encik Fariz di atas batas kami sendiri. 


Selepas meletakkan baja di atas batas, tanah itu haruskan di gembur agar baja dapat membuat serapan di dalam tanah dan kami harus meratakan tanah tersebut sebelum melakukan aktiviti seterusnya. 


                                                              

                                       
Seterusnya, Encik Faris mengajar kami cara penggunaan racun serangga yang betul. Racun tersebut harus dibancuh terlebih dahulu dan perlu disembur di sekeliling batas dan pastikan semua tempat terkena racun itu. 

Racun adalah sangat penting untuk menghalang serangga daripada memakan biji benih yang akan kita tanam. 

    Proses meracun dan semaian tidak boleh dilakukan pada hari yang sama kerana racun merupakan bahan yang panas dan boleh merosakkan biji benih. Selang beberapa hari, kami datang semula ke ladang untuk semaian biji benih.  

   Sebelum memulakan proses penanaman, permukaan tanah tersebut harus digembur dan diratakan semula. Langkah seterusnya, kami membuat empat alur di atas tanah tersebut untuk menanam biji benih dengan kedalaman yang bersesuaian agar biji benih mudah untuk mengeluarkan tunas. Untuk mengelakkan persaingan antara biji benih, jarak antara semua alur haruslah tidak terlalu rapat. 

Cara semaian biji benih ialah 1:10. 1 bekas biji benih bersamaan 10 bekas pasir. Biji benih mesti digaul menggunakan pasir bagi menjarakkan antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

MINGGU 2  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami sudah memulakan aktiviti membaja dan menanam. Sebelum memulakan ...